Terkini: Buku "Petunjuk yang Jelas, dalam Tafsir Surah al-Ikhlas"
Buku
ini disusun dalam menggabungkan dua manhaj tafsir yang utama iaitu
tafsir bi al-ma'thur (penafsiran salaf) dan tafsir isyari (penafsiran
ulama' sufi muktabar) dengan pendekatan mudah dan ringkas termasuk
membahaskan isu-isu semasa dalam kerangka perbahasan makna-makna yang
terkandung dalam surah al-Ikhlas.
Ia mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama membahaskan tentang latar belakang penurunan surah al-ikhlas, kelebihan-kelebihan surah Al-Ikhlas berdasarkan hadis-hadis dan penerangan para ulama' serta amalan para salaf dan ulama' berkenaan surah al-ikhlas.
Bahagian kedua membahaskan tentang penjelasan dan tafsiran surah al-Ikhlas dengan gabungan dua manhaj utama yang disebutkan tadi (tafsir bi al-ma'thur dan tafsir isyari) yang merujuk kepada tiga buah kitab tafsir yang utama iaitu Tafsir al-Thabari, Mafatih al-Ghaib (Tafsir Imam al-Razi) dan Tafsir al-Bahr al-Madid (oleh Imam Ibn 'Ajibah). Ia turut memuatkan perbahasan tentang isu-isu semasa dalam konteks makna surah al-ikhlas.
Antara isu-isu yang turut dibahaskan adalah:
- Keistimewaan dan amalan terhadap Surah Al-Ikhlas.
- Asas-asas aqidah Islam iaitu Tauhid dan Tanzih.
- Penggunaan kalimah Allah kepada Orang Bukan Islam

- Perbahasan Ringkas tentang Kepincangan Pemisahan antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah.
- Jawapan terhadap Kristianiti dan Usaha Membendung kristianisasi.
Dan sebagainya,
Harga: RM 12 termasuk bayaran pos
Penghantaran Setiap Hari Khamis
No comments:
Post a Comment