Sebuah karya yang sangat baik yang dihasilkan oleh seorang tokoh
murobbi iaitu Sheikh Abu Muhammad Rahimuddin al-Bantani. Buku ini menjelaskan
tentang perjalanan menuju gerbang pernikahan secara syarak di samping
menjelaskan cara-cara untuk mengawal emosi dan perasaan sebagaimana yang
dijelaskan melalui neraca nabawi.
Buku ini sangat baik untuk membimbing khususnya para remaja yang
terperangkap dengan fantasi dunia moden sehingga menjunjung perhubungan cinta
sebelum pernikahan, yang mana ianya sering membawa kepada kerosakan samada
dalam jiwa indvidu muslim mahupun dalam masyarakat. Perasaan cinta sesungguhnya
adalah sebuah perasaan antara dua jiwa yang perlu dipelihara dengan
tanggungjawab, agar perhubungan tersebut adalah sebuah perhubungan yang hakiki
dan murni.
Cinta adalah sebuah perasaan yang sejagat, yang melibatkan pelbagai
peringkat. Namun, setiap perhubungan cinta perlulah berteraskan nilai kehambaan
dan mengikut acuan syarak, agar cinta itu bukan sekadar sebuah rasa di dalam
jiwa, tetapi ianya juga sebagai sebuah ibadah dalam rangka menunaikan kehambaan
kepada Allah s.w.t..
Buku ini sangat wajar
dimiliki oleh mereka yang ingin memahami apa itu cinta terutamanya bagi mereka
yang cuba mencari pedoman dalam perhubungan cinta antara berbeza jantina.
Perhubungan sebegini sering disalah erti dan dipandang negatif secara mutlak
oleh sesetengah masyarakat sedangkan ianya juga sering dilihat sebagai
segala-galanya oleh kaca mata yang berlainan. Sedangkan, Islam meletakkan
perasaan cinta ini sebagai sebuah fitrah yang perlu diraikan dan dijaga, tetapi
dengan caranya yang terbaik, iaitu di dalam perkahwinan. Ini kerana, jalinan
perasaan di luar hubungan perkahwinan adalah khayalan yang boleh merosakkan
emosi dan terdedah kepada perbuatan maksiat.
Semoga buku ini dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan
para pembaca setikar isu ini. Wallahu a’lam..
RM 22 termasuk kos penghantaran
Setiap Penghantaran pada
hari Khamis
No comments:
Post a Comment