Showing posts with label penerbitan terkini. Show all posts
Showing posts with label penerbitan terkini. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

Buku "Menyulam Cinta Menuju Gerbang Pernikahan"





Sebuah karya yang sangat baik yang dihasilkan oleh seorang tokoh murobbi iaitu Sheikh Abu Muhammad Rahimuddin al-Bantani. Buku ini menjelaskan tentang perjalanan menuju gerbang pernikahan secara syarak di samping menjelaskan cara-cara untuk mengawal emosi dan perasaan sebagaimana yang dijelaskan melalui neraca nabawi.

Buku ini sangat baik untuk membimbing khususnya para remaja yang terperangkap dengan fantasi dunia moden sehingga menjunjung perhubungan cinta sebelum pernikahan, yang mana ianya sering membawa kepada kerosakan samada dalam jiwa indvidu muslim mahupun dalam masyarakat. Perasaan cinta sesungguhnya adalah sebuah perasaan antara dua jiwa yang perlu dipelihara dengan tanggungjawab, agar perhubungan tersebut adalah sebuah perhubungan yang hakiki dan murni.

Cinta adalah sebuah perasaan yang sejagat, yang melibatkan pelbagai peringkat. Namun, setiap perhubungan cinta perlulah berteraskan nilai kehambaan dan mengikut acuan syarak, agar cinta itu bukan sekadar sebuah rasa di dalam jiwa, tetapi ianya juga sebagai sebuah ibadah dalam rangka menunaikan kehambaan kepada Allah s.w.t..

Buku ini sangat wajar dimiliki oleh mereka yang ingin memahami apa itu cinta terutamanya bagi mereka yang cuba mencari pedoman dalam perhubungan cinta antara berbeza jantina. Perhubungan sebegini sering disalah erti dan dipandang negatif secara mutlak oleh sesetengah masyarakat sedangkan ianya juga sering dilihat sebagai segala-galanya oleh kaca mata yang berlainan. Sedangkan, Islam meletakkan perasaan cinta ini sebagai sebuah fitrah yang perlu diraikan dan dijaga, tetapi dengan caranya yang terbaik, iaitu di dalam perkahwinan. Ini kerana, jalinan perasaan di luar hubungan perkahwinan adalah khayalan yang boleh merosakkan emosi dan terdedah kepada perbuatan maksiat.

Semoga buku  ini dapat memberi jawapan kepada persoalan-persoalan para pembaca setikar isu ini. Wallahu a’lam..

RM 22 termasuk kos penghantaran



Setiap Penghantaran pada hari Khamis

Wednesday, 24 April 2013

Buku "Petunjuk yang Jelas, dalam Tafsir Surah al-Ikhlas"



Terkini: Buku "Petunjuk yang Jelas, dalam Tafsir Surah al-Ikhlas"
 
Buku ini disusun dalam menggabungkan dua manhaj tafsir yang utama iaitu tafsir bi al-ma'thur (penafsiran salaf) dan tafsir isyari (penafsiran ulama' sufi muktabar) dengan pendekatan mudah dan ringkas termasuk membahaskan isu-isu semasa dalam kerangka perbahasan makna-makna yang terkandung dalam surah al-Ikhlas.

Ia mempunyai dua bahagian. Bahagian pertama membahaskan tentang latar belakang penurunan surah al-ikhlas, kelebihan-kelebihan surah Al-Ikhlas berdasarkan hadis-hadis dan penerangan para ulama' serta amalan para salaf dan ulama' berkenaan surah al-ikhlas.

Bahagian kedua membahaskan tentang penjelasan dan tafsiran surah al-Ikhlas dengan gabungan dua manhaj utama yang disebutkan tadi (tafsir bi al-ma'thur dan tafsir isyari) yang merujuk kepada tiga buah kitab tafsir yang utama iaitu Tafsir al-Thabari, Mafatih al-Ghaib (Tafsir Imam al-Razi) dan Tafsir al-Bahr al-Madid (oleh Imam Ibn 'Ajibah). Ia turut memuatkan perbahasan tentang isu-isu semasa dalam konteks makna surah al-ikhlas.

Antara isu-isu yang turut dibahaskan adalah:

- Keistimewaan dan amalan terhadap Surah Al-Ikhlas.

- Asas-asas aqidah Islam iaitu Tauhid dan Tanzih.

- Penggunaan kalimah Allah kepada Orang Bukan Islam

- Perbahasan Ringkas tentang Kepincangan Pemisahan antara Tauhid Uluhiyyah dengan Tauhid Rububiyyah.

- Jawapan terhadap Kristianiti dan Usaha Membendung kristianisasi.

Dan sebagainya,

Harga: RM 12 termasuk bayaran pos

Penghantaran Setiap Hari Khamis