Thursday, 9 May 2013

Pengenalan tentang Maktabah al-Ihya'


Maktabah al-Ihya' menyediakan bahan-bahan bacaan terutamanya dalam bidang aqidah, fiqh, tasawwuf dan tamadun Islam, dalam bahasa Arab, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Namun, fokus dan penekanan diberikan pada bahan bacaan berbahasa Arab dan rujukan-rujukan yang penting tetapi sukar untuk didapati terutamanya dalam bidang aqidah, tasawwuf Islam dan kitab-kitab sanad-sanad keilmuan Islam.


Bahkan, ia juga menjadi tempat penyelidikan dan perbincangan ilmiah sesama para ilmuwan dalam bidang agama bagi membahaskan tentang isu-isu semasa yang melibatkan agama Islam. Di samping itu juga, ianya dijadikan tempat untuk melatih para mahasiswa untuk membuat penyelidikan ilmah, memahami ilmu-ilmu agama yang asas serta membimbing para peserta untuk memahami karya para ulama' Islam.



Selain daripada ianya sebagai pusat sumber dan pusat penyelidikan, ianya juga menyediakan kelas-kelas bimbingan dan kursus-kursus intentsif bagi mendekatkan masyarakat ilmuwan kepada khazanah keilmuan warisan para ulama' Islam silam.

Keahilan dibuka kepada pelbagai lapisan masyarakat samada untuk sekadar membaca dan merujuk bahan bacaan di Maktabah al-Ihya' semata-mata, ataupun untuk terlibat dalam program-program keilmuan yang disediakan di samping menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Ianya dibuka pada hari Selasa sehingga hari Sabtu bermula jam 9.00 pagi sehingga 9.00 malam.

Seminar Sejarah, Perkembangan dan Metodologi Tarekat Sufi



Seminar Sejarah, Perkembangan dan Metodologi Tarekat Sufi




Oleh: al-Fadhil Sheikh Abu Muhammad Rahimuddin bin Nawawi al-Bantani




Tarikh: Sabtu, 11 Mei 2013


Masa: 9.00 am 12:30 pm

Tempat: Maktabah al-Ihya' (No 3-1, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor)

Yuran: RM 50

Fokus:

  • Menjelaskan sejarah dan perkembangan tarekat sufi dalam dunia Islam dan peranannya dalam melakukan usaha dakwah, islah dan tarbiah dalam masyarakat Islam. 
  • Menjelaskan juga metodologi yang sahih dan muktabar dalam amalan tarekat sufi samada yang disepakati mahupun yang diperselisihkan berserta analisis terhadap hujah-hujah setiap pihak. 
  • Membetulkan salah faham terhadap tarekat sufi dan merungkai kekeliruan mengenainya.

Wednesday, 1 May 2013

Buku Cahaya Ketauhidan



Cahaya Ketauhidan (oleh Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin al-Azhari)

Buku yang disusun dalam membahaskan tentang Aqidah Islam berteraskan ajaran ahli sunnah wal jamaah, bab Ilahiyyat (ketuhanan), iaitu bab yang membahaskan tentang sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang tidak layak disifatkan kepada Allah s.w.t..

Buku ini dibahaskan dengan perbahasan kaedah sifat 20 yang asas, namun dipersembahkan dengan cara yang sangat mudah dan bersesuaian dengan masyarakat masa kini. Ia juga menggabungkan antara perbahasan aqidah dengan ilmu akhlak, di mana, seseorang itu mampu berinteraksi dengan sifat-sifat Allah s.w.t. dengan penuh kehambaan.

Harganya: RM 10 termasuk kos penghantaran


Penghantaran pada setiap hari Khamis

Sila hubungi: 013-2663007

No Akaun WDR: CIMB Islamic- 12420000426104

email slip pembayaran atau transaksi online ke: maktabahihya@gmail.com